Cart 0
zzz1.png

Mr Sexy's Sugar

RM 21.60 RM 27.00


Penumbuk, penendang dan muka beku. Itu ‘hadiah’ biasa Ice Queen a.k.a Erin Malaika untuk kawan baiknya.

 

Senyum meleret, kenyit mata dan flying kiss. Itu simptom Mr. Sexy a.k.a Noah Aiden ketika berhadapan kesayangannya.

 

Balas dendam - matlamat hidup Erin.

 

Memiliki Erin - impian hidup Noah.

 

Ketika dua insan berbeza personaliti itu menjalin hubungan bertahun-tahun lamanya, pelbagai masalah timbul.

 

“Kalau rambut saya panjang macam Rapunzel, leher awak dulu saya jerut.”- Erin

 

“Sadisnya. But…” - Noah

 

“But what?”- Erin.

 

“But I still like you so much.” - Noah

 

Kekasaran dan keganasan Erin bukan kudis di jiwa Noah. Dia akan pastikan Erin jadi miliknya meskipun terpaksa menggunakan pelbagai helah.

 

“Ini nasihat aku sebagai kawan yang dah kenal kau lebih dua puluh tahun. Kalau tak suka, cakap terang-terang. Jangan bagi harapan palsu.” - Jibrael

 

Erin fikir Noah mampu mewujudkan kebahagiaan dalam hidupnya. Dia sanggup menanggung risiko menempuh hari-hari mendatang bersama pemuda itu. Malangnya, apa yang dirancang, lebur di tengah jalan.

 

“Kau… aku. Kita mustahil bersatu.”- Erin

 

Pertalian dua manusia itu sepatutnya terpadam sejak dahulu lagi. Namun, Noah berdegil. Meskipun dikhianati dan nyawa nyaris tergadai, cintanya takkan pernah berganjak. Takkan pernah berubah. Selamanya milik Erin.

 

Erin pula terbelit antara cinta dan dendam. Masih adakah peluang untuk dia terus mencintai sedangkan dendam tunjang nafasnya selama ini?