Cart 0
N186.png

Mr. Saka Biru

RM 24.00 RM 30.00


Penghinaan Alis Zahira lima tahun lalu membuatkan hati Inspektor Mohd Amsyar diulit rasa dendam, marah dan kecewa. Namun mereka dipertemukan semula dengan satu tujuan. Berkahwin atas aturan keluarga. “Kau ingat bila kau goda aku, kau boleh dapat balik hati aku yang dulu macam tu aje? Jangan harap!” – Amsyar “Saya akan goda awak sampai awak tunduk dengan saya. Ini janji saya, Amsyar.” – Alis Amsyar mahu membuat si isteri terus tersiksa dan menderita demi membayar rasa sakit hati yang pernah dia rasa. Alis pula ingin meraih kembali kasih sayang dari lelaki yang pernah dia hina. Namun sekeras manalah hati seorang Inspektor Amsyar bila saban hari digoda dan disajikan dengan kata-kata pujuk rayu oleh si isteri. Akhirnya sang saka biru tertewas juga. “Alis, I’m sorry...” – Amsyar “I just want you.” – Alis Saat rahsia peristiwa kemalangan lima tahun lalu terbongkar, Amsyar terus menghukum dan meninggalkan Alis digantung tidak bertali. “Apa yang kau dah buat, Alis? Kau tahu tak betapa siksanya aku dengan kehilangan itu?” – Amsyar “Saya tak salah, Am! Awak tak boleh jatuhkan hukuman macam ni untuk saya.” – Alis Mampukah hatinya menerima Alis semula? Ikhlaskah dia melupakan semuanya? Saat Alis pergi membawa diri, mampukah melembutkan hati sang saka biru yang ego dan penuh dendam?