Cart 0
mr racer encik mekanik.png

Mr Racer Encik Mekanik

RM 22.40 RM 28.00


Syarat-syarat pertaruhan :-


LEANNE: Tak boleh call/text/jumpa Adrian selama sebulan.
JUDE: Tak akan jumpa/flirt perempuan selama sebulan.
JIKA LEANNE MENANG : Jude tak akan jumpa/flirt selama sebulan lagi. Leanne boleh jumpa Adrian.
JIKA JUDE MENANG : Leanne tak boleh jumpa atau cakap dengan Adrian dan terpaksa ‘date’ Jude selama sebulan.

Ternyata Leanne terpaksa date dengan Jude selama sebulan selepas kalah dalam pertaruhan itu. Leanne, si gadis yang nampak lurus, seperti rambutnya yang lurus. Personalitinya jauh berbeza dengan abangnya Leo dan daddynya yang terlibat dalam dunia permotoran.

Jude, sebut sahaja namanya dalam dunia perlumbaan haram, semua orang kenal. Dialah the king of street racers. Malah, gelaran ‘player’ sinonim dengan lelaki itu. Semua orang tahu. Kerana fizikalnya dan juga perangai bad boynya. Perempuan pula berderet sekeliling pinggang.

Permulaannya date biasa-biasa sahaja, tapi lama-lama suatu rasa terbit dari hati masing-masing. Leanne mahupun Jude, mereka berkongsi rasa yang sama. Namun hubungan mereka tidak seperti pasangan lain. Leo dan daddynya tersangat anti dengan street racers. Jadi, mereka date sembunyi-sembunyi walau Jude seorang mekanik di syarikat daddy Leanne.

“Just... Stay away from him.” - LEO

“Daddy nak Leanne jauhkan diri dari Jude.” - UNCLE BEN

Kantoi.

Itulah reaksi Leo dan Uncle Ben apabila mengetahui hubungan Leanne dengan Jude. Kenyataan itu buat Leanne tergemap. Dia tidak sanggup berpisah dengan Jude. Dia yakin Jude akan berubah. Mampukah Leanne mempertahankan cintanya dengan seorang street racer seperti Jude setelah mendapat tentangan daripada keluarganya? Adakah Jude akan berubah sementelah race itu merupakan hobinya?