Cart 0
1488051322_1960455_z

Misteri Telaga Tum Bratma

RM 15.12 RM 18.90


Air yang hitam pekat dan berbau hanyir terpercik ke muka. Tidak sempat mengelak, Salihin jatuh tersungkur ke dalam telaga. Terkapai-kapai diselubungi kehitaman berbau hanyir, rasa gatal merayap ke seluruh tubuh Salihin yang lencun. Rohnya terasa melayang keluar. Melayang... dan terus melayang... Satu demi satu misteri melanda Salihin. Bermula dengan gangguan mimpi aneh, kemudian penyakit gatal yang menyerang tiba-tiba dan langsung tidak mahu sembuh. Lebih pelik, dia dikatakan menghidap kidal atau sakat, penyakit turun-temurun. Penyakit yang menyebabkannya hilang pekerjaan, hilang tumpuan, hilang harga diri, dan mungkin... hilang nyawa! Akan tetapi, apa kaitannya dengan Tum Bratma, telaga yang dikatakan misteri itu? Apa kaitannya dengan Azizah? Adakah semuanya tahyul belaka, atau secara kebetulan? Atau sememangnya ada misteri di sebaliknya?