Cart 0
zzz1.png

Miss Skuter Pink

RM 20.00 RM 25.00


Terlanggar bontot kereta mewah…Helmet terkena dagu…dan kemeja lelaki itu terkena kesan minyak rantai skuternya…Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan sekaligus mengubah hidup seorang gadis yang bernama Dhia Maira bila ganti rugi dituntut. Dia anak sulung terpaksa menanggung keluarga perlu mengikat perut untuk membayar hutang.


Hafiy Ziqri mencintai kakak angkat adiknya melalui cerita. Langsung tidak kenal siapakah gadis itu bagaimana rupa parasnya. Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku pada dia. 


Keadaan semakin rumit bila gadis yang berhutang dengan kakak angkat adiknya adalah gadis yang sama. Hafiy Ziqri rasa tertipu dengan permainan ini. Dia menuduh Dhia Maira mahu pergunakan adiknya. 


Satu persatu masalah terjadi pada mereka berdua sehingga mengheret keduanya sentiasa berjumpa. Walaupun tidak pernah aman setiap kali bersua muka namun masing-masing terdetik satu rasa.


“Kahwin dengan aku?”- Hafiy Ziqri.


“Tak. Bukan sebab itu tapi hati aku. Aku taknak kau kahwin dengan aku selepas kau tengok penderitaan yang aku tanggung.” Itulah jawapan Dhia Maira.


Siapa sangka dalam saat gadis itu mahu dipinang satu rahsia besar terbongkar.


“Aku datang sebab nak pinang kau sebagai isteri aku.”


“Tak dady. Dhia tak akan maafkan orang yang buat dady menderita.” 

Dapatkah cinta mereka bertaut selepas semua terbongkar?