Cart 0
q1.png

MELAKAR SYURGAWI IDAMAN

RM 27.00 RM 30.00


Buku: Melakar Syurgawi Idaman

Saat Sulaiman


“Rumahku, Syurgaku”. Satu ungkapan yang sangat sinonim dalam masyarakat kita. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar menghayati dan memahami makna di sebalik ungkapan tersebut?


Jika ungkapan ini benar-benar diamalkan, dihayati dan difahami oleh setiap keluarga nescaya tiada masalah sosial yang perlu dirisaukan masyarakat. Ibu bapa merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia.


Jika pencorakan yang dipraktikkan ibu bapa mengikut lunas-lunas Islam, insya-Allah anak-anak yang terbentuk adalah yang berkualiti untuk kemaslahatan ummah.


Gurindam Melayu ada menyatakan, dengan bapa jangan derhaka, supaya Allah tidak murka. Dengan ibu hendaklah hormat, supaya badan dapat selamat. Dengan anak janganlah lalai, supaya boleh naik ke tengah balai (mendapat penghormatan di atas pentas).


Oleh itu, buku ini harus dimiliki sebagai panduan bersama ahli keluarga agar setiap daripada kita dapat memainkan peranan masing-masing demi pembangunan ummah yang berjaya dunia dan Akhirat.


Biodata Penulis


Saat Sulaiman, penulis yang berasal dari Melaka ini dilahirkan pada 29 September 1974. Beliau mendapat Sijil Bahasa Arab dari Universiti Islam Madinah Arab Saudi. Sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai empat cahaya mata.


Beliau bukan sahaja seorang penulis, bahkan juga seorang usahawan, guru agama di masjid dan surau serta seorang pemandu pelancong. Beliau mempunyai syarikat sendiri, iaitu Kaya Wang Kaya Iman Consultant dan Cempaka Bersatu Enterprise yang mengusahakan perniagaan seperti konsultan, rumah penginapan, pakaian, restoran dan ejen komisyen.


Beliau juga telah banyak menghasilkan buku-buku motivasi kekeluargaan, Antaranya Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang, Tip Menjadi Ibu Bapa Mithali, Anak adalah Anugerah, Remaja Positif dan banyak lagi.


ISBN: 978-967-388-102-4

Halaman: 328