Cart 0
CVCV.jpg

MASIH MILIKMU

RM 20.80 RM 26.00


Firda dilamar lelaki yang memenuhi senarai kriteria Mr. Perfect 10.

“Trust me Firda. Saya takkan kahwin dengan perempuan yang saya tak cinta.” - Nujaid

Ibarat tikus jatuh ke dalam guni beras. Lamaran diterima. Namun, ada syaratnya.

“Sampai bila nak rahsiakan perkahwinan kita? Sampai bila saya nak tipu ibu?” - Firda

Kerana cuba memansuhkan syarat itu, hidup Firda mula kucar-kacir. Permainan yang diatur oleh Hanis cukup hebat. Firda dikhianati insan-insan di sekelilingnya, kehilangan kerja dan disumbat ke dalam lokap. Tambahan pula dia yang disahkan mengandung dan terpaksa melarikan diri ke sebuah desa terpencil.

Akhirnya, Firda bekerja sebagai pencanting batik. Di saat dia mula merasa bahagia, Nujaid muncul semula.

“Jangan lupa. Ini baru pertemuan kedua. Akan ada pertemuan-pertemuan lain selepas ini.”- Nujaid

Setiap pertemuan menghantar pelbagai rasa dalam emosi mereka. Nujaid menanti dalam doa dan kesabaran kerana perasaannya sudah tidak terungkap dengan ayat-ayat cinta. Namun, Firda tidak perlukan lelaki seperti Nujaid. Firda menuntut perpisahan sementara Nujaid menuntut sebuah kemaafan.