Cart 0
N105.png

Malacca Has Fallen

RM 23.12 RM 28.90


Hobi aku memang suka berangan dan termenung, berimaginasi akan sesuatu yang mustahil padahal ianya benar! Silap-silap, bayangan gambaran yang aku menungkan jauh lebih hebat daripada apa yang aku fikirkan. Kereta kuda berhenti sekali lagi. Hah, apa pula sedang berlaku? Rupa-rupanya, kami sudah sampai d perkarangan mahligai istana Melaka. Kami perlu berjalan kaki untuk sampai ke perkarangan utama mahligai istana.

Kami mengorak langkah dengan perlahan dan aku sempat melihat beberapa orang pembesar yang lain dengan karisma mereka yang tersendiri. Ada yang berwajah agak bengis, ada yang agak tenang dan juga yang selamba sahaja wajahnya. Tapi, paling ketara yang aku nampak pada antara pembesar-pembesar tersebut, mereka mempunyai karismanya yang tersendiri. Tidak mampu aku gambarkan kerana kerisma mereka itu menggambarkan tugasan atau amanah yang mereka pikul.

Tetiba, dari jauh, aku melihat seseorang yang sedang berjalan dengan penuh kemas, karisma dan bergaya, gagah orangnya tapi tapk pula sombong malah rendah diri orangnya. Bahkan, dihormati orang ramai di sekitarnya. Mustahil, dia adalah orang yang sangat aku kagumi. Selangkah dem selangkah dia semakin dekat ke arahku. Apakah benar dia adalah LAKSAMANA HANG TUAH?

Category: SEJARAH
ISBN Code:9789671724460
Format:Paperback
By (Author):IZZUDDIN AL JITRAWIY
Publisher: Karya Publika
Published Date:20 Aug 2019