Cart 0
j.png

Makhluk

RM 19.20 RM 24.00


Kematian aneh Suri memaksa Tuan Mazlan menggunakan khidmat Agen Skylex bagi mengesan dalang kes pembunuhan puterinya. Juga mencari Zack, kembar Suri, yang hilang tanpa berita.

"Zack masih teruskan kerja cari gali di tapak lama," terang Tuan Mazlan.
"Cari gali apa? Minyak?" CC duduk tegak.
"Emas."
"What?!" Kei tercengang.

Kenapa dia tak tahu tentang hal itu? Kei abang kandung si kembar, bukan orang luar.

"Adik kau dah mati. Kau baliklah. Tak ada apa yang elok kat pulau ni."- Pak Utih.
"Untuk sampai ke puncak Gunung Amon, tiga ujian perlu diselesaikan."- Pak Itam.

Ekspedisi ke Pulau Amon diselubungi seribu satu misteri yang gagal dirungkai logik akal Kei. Kemunculan Pak Itam dan Pak Utih merumitkan keadaan. Tak mungkinlah Pagoda Emas benar-benar wujud di puncak Gunung Amon!