Cart 0
n1.png

LOVE LILA

RM 19.20 RM 24.00


Alila baharu sahaja putus cinta. Alasan putus cinta ialah kerana perbezaan darjat. Alasan yang dia rasa sangat tak relevan di zaman metropolitan ini. Seorang jururawat sepertinya mana mungkin bergandingan dengan seorang doktor. Malah kedua-dua ibu bapa bekas kekasihnya juga doktor yang hebat maka siapalah dia di mata mereka. 


Alila bangkit meneruskan hidup. Padanya cinta boleh datang beribu kalinya. Tiada istilah cinta pertama bawa ke mati. Bezanya ditanam satu perasaan agar dia jatuh cinta dengan orang yang setaraf dengannya.


Pertemuan Alila dengan seorang jejaka bernama Jude mencambahkan kembali halus. Apatah lagi pada pertemuan pertama dan kedua, sangkanya mereka setaraf dan Juhaidi ini orangnya biasa-biasa sahaja.


“What I am amazed by is, this is the first time I know anyone who created something so techie! I’m so glad that you are not a doctor” - Alila


“Alila, about my work. So much of confidentiality is involved. Ada yang saya boleh cakap, ada yang saya kena simpan sendiri. Saya harap sangat awak faham.” – Jude


Apabila akhirnya status Jude terbongkar, Alila berundur. Benarkah Jude bukanlah seorang doktor seperti bekas kekasihnya tetapi dia seorang ‘pembunuh’. Mampukah Alila menerima hakikat yang pahit ini? Mampukah Alila teguh dengan pendiriannya apabila rahsia demi rahsia terbongkar?