Cart 0
1488054078_2528606_z

Kunang Pesisir Morten

RM 16.00 RM 20.00


Kampung Morten, 1984. Dengan sebatang sungai kotor yang bukan saja dipenuhi sampah sarap dan ketam lumpur Uca annulipes. Juga telah menjadi garis ghaib pemisah dua komuniti bangsa selama berdekad-dekad. Sehinggalah keajaiban berlaku dengan kehadiran seorang budak perempuan Sembilan tahun comotnya ya ampun berambut gerbang. Dhiya; seorang pemikir visual genius bersama-sama sahabatnya Adi dan Lim mengembara ke ceruk kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai indahnya dunia lukisan Monet dan menjejak pencuri berkaki ghaib. Tanpa mereka sedari, sedikit demi sedikit perkara-perkara kecil yang mereka lakukan telah menaut jurang tebing antara dua bangsa.