Cart 0
N213.png

Kokang

RM 24.00 RM 26.00


Sebuah platun yang diketuai oleh Leftenan Zarul telah diarahkan untuk menyelesaikan satu operasi sulit dan penting. Mereka dikehendaki mengesan dan seterusnya menghapuskan ketua-ketua lanun dan pengganas yang dikatakan akan mengadakan satu pertemuan sulit. Pertemuan itu bakal diadakan disebuah pulau yang agak terpencil.

Malang tidak berbau apabila secara tiba-tiba seorang demi seorang anggota platun didapati hilang tanpa dapat dikesan. Ini menyebabkan tugasan yang dipikuloleh Leftenan Zarul menjadi bertambah rumit dan sukar. Tanpa Leftenan Zarul dan anak buahnya ketahui bahawa ada sesuatu yang sedang menunggu dan bakal membaham kesemua mereka. Diwaktu yang sama Leftenan Zarul merasakan dipulau itu ada sesuatu yang tidak kena.

 Kemunculan doktor Ridzuan ditengah rimba belantara itu juga menjadikan Leftenan Zarul semakin keliru. Kenapa lelaki itu berada ditengah perut hutan yang tiada pennghuni? Apa pula yang sedang menunggu dan membiak ditengah belantara hijau itu? Dapatkah mereka melepaskan diri dari pulau itu?