Cart 0
1321816

KISS

RM 20.80 RM 26.00


“Satu juta ringgit untuk kau tinggalkan dia.
Boleh?” Ain keluarkan satu cek kosong lalu dilayangkan di
hadapan mata Maria.
Duit. Dia yakin dengan duit Maria akan terus
lupakan Zafrul. Siapa yang mampu menolak duit sebanyak
ini?
“Kenapa saya mesti nak terima kalau Zaf mampu
bagi saya dua juta ringgit? Awak simpan sajalah duit awak tu
untuk pergi buat rawatan kulit. Kedut!” Kali ini Maria sudah
tidak dapat lagi mengawal mulutnya.
Langkah diatur ingin berlalu pergi. Baik dia jangan
melayan perempuan tak berapa nak betul ni. Nanti tak pasal
dia juga ikut tak betul.
“Hei perempuan, I belum habis cakaplah.”
Bahu Maria ditolak kuat. Ikutkan hati Ain ingin saja
dia tarik rambut yang tersisir rapi tu. Tapi belum pun
mampu dia berbuat apa-apa, seorang lelaki berbadan besar
muncul antara mereka.
“Memang saya perempuan, awak tu aje yang
betina!” balas Maria kemudian berlalu masuk ke dalam
kereta.
Memanglah dia berani kata macam tu. Yusof tibatiba
muncul. Terasa macam puteri yang dilindungi pengawal
berkuda pula!
Ain gigit bibir sendiri. Dada dah naik turun
menahan kemarahan. Memang dia tak menyangka yang
Zafrul sanggup mengupah seorang pengawal peribadi untuk
Maria.
Kenapa dulu dia tak pernah rasa semua ni?
“Yusof. Jangan bagi tahu Zaf apa-apa, ya...”