Cart 0
m2.png

KERAJAAN KHALIFAH ISLAM : PEMERINTAHAN KHULAFA AR RASYIDIN DAN KERAJAAN UMAYYAH

RM 39.90


Impak tamadun Islam telah mendominasi dunia sejak abad ke-7 iaitu semenjak Nabi Muhammad S.A.W. diturunkan wahyu daripada Allah S.W.T. Agama Islam yang muncul di Semenanjung Arab menjadi lebih luas dan terbuka Selepas wafatnya baginda lantaran penyambung kekuatan Islam dinaungi oleh Khulafa al-Rasyidin. Dengan itu, Islam dilebarkan secara serius di seluruh dunia, meliputi Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur.

Namun, lama-kelamaan umat Islam berpecah dan banyak kerajaan Islam muncul seperti Kerajaan Umayyah yang diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan, sebagai khilafah Islam pertama yang ditubuh berdasarkan perwarisan selepas kewafatan Rasulullah.

Sesungguhnya, Islam dibangun dengan landasan persaudaraan dan kepimpinan yang bertapak atas hukum Allah. lroniknya, dalam kerajaan Islam sendiri banyak pemerintah yang jauh dari kepimpinan Rasulullah S.A.W., dengan ditemani egois dan tamak menguasai pimpinan, akhirnya banyak kerajaan runtuh tenggelam.

Perjalanan sejarah Islam bukan sahaja menarik ketika riwayat Rasulullah S.A.W., tetapi kerajaan Islam juga membesar dengan pelbagai ciri pemerintahan yang membenamkan kegemilangannya lantaran kelemahannya sendiri.

Semoga pendedahan yang digarapkan mampu membuktikan beberapa perkara yang bakal menjadi pedoman kepada sekalian umat manusia, selamat mentelaah!