Cart 0
zzz1.png

Kepada Dia Dengan Cinta

RM 17.60 RM 22.00


Darlina:

-Kak long kawasan di rumah mak dan abahnya sahaja.

-Staf di bahagian sumber manusia sebuah kilang minyak masak.

-Tegas dan garang ketika bekerja sehinggakan mamat Bangladesh tidak berani mahu memanggilnya adik manis.

-Meminati seorang lelaki bernama Encik Naufal.

Naufal:

-Bukan anak emak.

-Ketua di bahagian pengurusan kilang minyak masak.

-Tidak suka menggatal dengan perempuan.

-Tidak suka coklat sejak kecil kerana emaknya berkata coklat diperbuat daripada tahi kambing.

Tiga tahun Darlina usyar Encik Naufal dari jauh. Meminati dalam diam ini susah rupa-rupanya. Angau tak bertempat. Nak-nak lagi bila orang yang diminati tiba-tiba menoleh ketika ‘projek mengusyar’ sedang dijalankan, habis tak tentu arah Darlina dibuatnya. Mulalah perasan seorang diri.

Hmmm... Susahnya kalau dalam hati ada taman ni. Rasa tak serupa orang. - DARLINA

Intai punya intai anak teruna orang, tak sedar diri sendiri turut diintai dari jauh. Bagai bulan jatuh ke riba Darlina dibuatnya.

“Kita pernah bersekolah di sekolah yang sama.” - NAUFAL

“Hah?” - DARLINA

“Ya, saya tingkatan 5, Cik Darlina pula tingkatan 2.” - NAUFAL

Rasa macam nak lompat bintang tatkala pujaan hati mula menyapa. Gembira tak dapat dihitung tetapi… Sekelip mata badai bertandang tanpa salam.

“Mohamad Izwan Syukri?” - NAUFAL

Nama pasangan Darlina tertera di atas kad jemputan kahwin. Merah mata Encik Naufal ketika membaca setiap patah kata yang tertera. Sebak ditahan sambil bibir menutur…

“Tahniah. Selamat pengantin baru.”