Cart 0
zzz1.png

kekasih Hati Mr Bodyguard

RM 21.60 RM 27.00


Bukan mudah untuk Hana Aralyn penuhi permintaan ayahnya. Misinya mencari dan mendekati lelaki bernama Hadif Akashah sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Perangai lelaki itu boleh buat dia pening. Namun, putus asa tidak sama sekali. Biar Hadif pening dengan perangainya pulak.

“Macam mana saya tau rumah awak, saya tak boleh bagitau. Tapi, yang saya boleh cakap awak akan tatap muka ni mulai hari ini. Okey?” – Hana Aralyn

Kemunculan Aralyn benar-benar telah porak-perandakan hidup Hadif. Sudahlah tak tahu malu, ibunya pun bukan main sebelahkan perempuan itu. Kecil hati dia!

“Dia calit minyak apa-apa ke kat ibu masa Hadif tak ada tadi? Mesti dia ada tanam benda dekat depan rumah kita ni.” – Hadif Akashah

Bila Aralyn dapat tahu Hadif pernah bekerja sebagai bodyguard, dia terkejut. Iyelah, perwatakannya memang sejenis manusia sombong yang pentingkan diri. Pakaian pula usah dikata, baju koyak pun lelaki itu bedal. Langsung tak ada bercirikan seorang Mr Bodyguard!

Tapi lama-kelamaan, sisi baik dan hebatnya seorang Hadif Akashah terserlah sedikit demi sedikit membuatkan hati Aralyn tercuit. Namun, saat Aralyn tahu kebenarannya, Aralyn takut. Bagi Aralyn rahsia yang disimpan oleh Hadif memang tidak mampu menyatukan cinta mereka. Dia perlu lari menjauhi Hadif walaupun hatinya tak rela. Hadif pasti membencinya! Dan… telahannya benar, Hadif telah membencinya di saat cinta sedang sarat di hati mereka….

Akan tetapi, adanya Hadif di sisi Aralyn telah menakutkan musuh di sekeliling Aralyn tanpa wanita itu sedari. Namun, adakah Hadif tega membiarkan Aralyn bersendirian menghadapi bahaya?