Cart 0
n1.png

Kamus Bergambar J-Qaf kssr Edisi 2 16/17

RM 17.50


Kamus ini dihasilkan dengan menggabungkan beberapa bidang ilmu seperti bahasa Arab, istilah-istilah penting dalam pendidikan Islam seperti  istilah untuk al-Quran dan tajwid,  ibadat, akidah, adab dan sirah, senarai perkataan tulisan jawi dan isi-isi yang berkaitan dengan Perkara Asas Fardu Ain seperti wuduk dan solat yang sesuai digunakan untuk para guru dan murid sebagai panduan untuk melaksanakan kem bestari solat  juga untuk masyarakat keseluruhannya bagi memperbaiki amalan fardu ain.



Penulisan kamus ini dibuat hasil penelitian para penulis melalui Dokumen Standard dan buku Teks KSSR yang diguna pakai dalam sistem pendidikan sekarang. Selain itu,  penelitian juga dijalankan melalui buku teks sekolah rendah  Agama ( SRA ) di bawah kelolaan Jabatan Agama Negeri  seperti  Jabatan Agama Islam Wilayah, Johor, Selangor dan sekolah KAFA di bawah kelolaan JAKIM. Dengan itu, kamus ini amat sesuai  



digunakan oleh semua murid sekolah rendah sebagai bahan rujukan dan di samping dapat membantu  mempertingkatkan penguasaan bahasa dan ilmu pelajar- pelajar juga sebagai bahan sokongan untuk memudahkan guru-guru melaksanakan  pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.



Kamus ini amat sesuai untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran masa kini melalui beberapa penambahbaikan penting yang berikut:



Tambahan KBAT yang selari dengan sistem pendidikan terkini yang mendorong murid untuk mempelajari serta menambahkan pengetahuan luar.

Konsep peta i-Think yang menampilkan konsep ringkas dan padat dalam bentuk persembahan maklumat.

Tambahan topik serta entri yang merangkumi sukatan pelajaran KSSR tahap 1 dan tahap 2 sekolah rendah.