Cart 0
n1.png

Jodohku Jejaka Jelita

RM 19.20 RM 2,400.00


Saya serius awak. Kahwin dengan saya!” – ANDRA ARRIAN Apa agaknya jawapan yang kau akan berikan kalau tiba-tiba saja ada seorang jejaka yang jelita dan lagi lembut daripada kau ajak kau kahwin? Nak terima atau tidak? Itulah yang terjadi kepada aku Ayesha Humaira. Lagi-lagi baru saja putus cinta aku langsung tak terfikir untuk mencari pengganti dalam masa terdekat apatah lagi terus nak berkahwin. Tetapi kemunculan Andra Arrian lelaki berwajah jelita itu buat hidup aku huru-hara! “Tolonglah jangan buat lawak macam ni lagi Andra.” – AYESHA HUMAIRA “Saya tak buat lawak apatah lagi nak main-main. Apa caranya untuk awak yakin saya tak bergurau? Saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya Ayesha.” – ANDRA ARRIAN Dalam aku masih berkira-kira untuk menerima lamaran lelaki tersebut akhirnya aku nekad. Aku terima! Namun Rizwan hadir menagih cinta kembali. “Kalaupun Sha terdesak sangat nak kahwin untuk jauhkan diri daripada abang janganlah sampai pilihan Sha macam tu. Lelaki lembik macam tu apa yang dia mampu buat untuk Sha?” – RIZWAN Keadaan bertambah rumit tatkala seorang lelaki misteri muncul tiba-tiba dan mendakwa Andra suami yang baru aku kahwini ini punya naluri songsang! “Actually your husband sukakan kaum sejenis macam I.” – HYKE Hubungan keruh antara Andra dan mamanya insiden yang menimpa Indra Arraian dan kehadiran Aliyah meminta sesuatu yang tidak dijangkakan membuatkan hidup kami berantakan! Semua perkara ini membuatkan aku terhimpit dengan pelbagai dugaan dalam melayari bahtera perkahwinanku bersama Andra. Sungguh kenapa susah sangat menjadi isteri kepada seorang Andra Arrian? Andai jejaka jelita ini benar-benar jodohku kenapa jalan yang kami lalui tak selancar orang lain? Adakah aku bisa bahagia ya Allah? Bantu aku!