Cart 0
5437993

Jodoh

RM 20.80 RM 26.00


SETIBA di apartmen, Hana masuk dengan berhati-hati. Dia masih teringat setiap apa yang terjadi di situ. Di tubir matanya bagai bermain kembali peristiwa malam terakhir. Hana terdiam seketika, air matanya yang bertakung segera disapunya.

Hana mengelilingi setiap ruang. Cuba dilawan
perasaan yang makin menyesakkan. Hatinya benar-benar sebak, setiap ruang bagaikan menceritakan kembali setiap babak-babak pahit yang telah berlaku. Satu per satu. Hana
menutup matanya.

“Tidak... Tidak!” Hana menjerit.

Ameer yang sedang memasukkan beg ke dalam
bilik, terkejut. Ameer berlari turun ke bawah. Hana berada di kaki tangga. Ameer dapati Hana berpeluh dan mukanya pucat. Segera dia memeluk Hana.

“Sayang kenapa, sayang?”

Hana tersentak dari lamunan apabila dahinya
dikucup Ameer. Dia beristighfar. Dia menarik nafas panjang lalu dihela perlahan. Cuba berpijak di bumi yang nyata.

“Kenapa, sayang?” tanya Ameer lembut sambil
mengusap rambut isterinya.

“Hana teringat peristiwa dulu.”

Ameer menarik nafas panjang. Dia sudah jangka
Hana pasti trauma jika kembali ke apartmen itu. Namun walau apa pun, Hana perlu terima hakikat itu.

“Maafkan abang, sayang. Masa tu abang jahat,
abang syaitan.” Hana meletakkan jarinya di bibir Ameer.

“Abang dah berubah, kan?”

Ameer tersenyum lalu memandang isterinya sambil mengangguk.

“Percayalah abang sudah benar-benar berubah.
Terima kasih kerana sudi menerima abang. Abang berjanji akan lebih bertanggungjawab dan sayangkan sayang dan anak-anak kita.”

“Anak-anak?” Hana terkejut.

“Ya... Anak-anak abang dengan sayanglah,” kata
Ameer lembut.

“Abang nak sepuluh orang anak.”

“Abang... Malulah. Tak nak dengar, tak nak dengar,” balas Hana sambil menutup telinganya. Ameer ketawa kuat.