Cart 0
1488053551_2337954_z

Jiran Masam Manis

RM 20.00 RM 25.00


Rumah I
- Digelar jiran tiga suku
- Suka mendekati
- Tidak putus asa memujuk
- Gemar membuat kejutan

Rumah II
- Digelar matahari
- Suka mengelak
- Tidak makan dipujuk
- Marah dengan kejutan

Hidup Fayyad kosong selama setahun. Kemunculan Suria, si jiran sebelah rumahnya seperti memberikan nafas baharu kepadanya yang pernah ‘mati'. Tetapi dia tidak berterus terang dari awal kenapa Suria itu dianggap mataharinya.

Suria pula, dia tidak boleh berkompromi dengan sesiapa sahaja yang menipunya! Lalu, dia nekad menjauhi Fayyad walaupun dia tahu jiran sebelah rumahnya itu sukar untuk dijauhi.

Adegan masam manis yang berterusan antara mereka akhirnya mengikat hati mereka dengan cinta.

Namun, kemunculan seseorang yang menuntut sesuatu yang tak terduga daripada Fayyad telah merencatkan kisah bahagia mereka. Adakah Fayyad kembali terperangkap dengan masa silamnya?

Perempuan memang penuh dengan tanda tanya!

Pilihan Staf:
Gaya penulisan yang matang, penceritaan yang santai dan menghiburkan! Juga terselit pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar. Antaranya, mengalah bukan bererti kita kalah tetapi kadangkala kita harus berkompromi dengan keadaan. Setiap manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan maaf-memaafilah antara satu sama lain.