Cart 0
1488052067_2180716_z

Jelmaan

RM 15.92 RM 19.90


"Lepaskan aku... lepaskan aku..." jerit Melur sambil meronta. "Uih, garangnya?, lagi garang lagi syok," "Cepat angkat dia masuk dalam semak," arah lelaki itu. Sinopsis UiTM, SHAH ALAM: Pihak polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam satu kes pembunuhan seorang siswi. Mangsa yang dikenali sebagai Sarimah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Leher mangsa dikelar beberapa kali selepas mangsa dirogol. Kriiinnnggg!!! “Tuan, ada kes pembunuhan terbaru. Ianya ada kaitan rapat dengan kes pembunuhan Sarimah, siswi UiTM. Senjata yang digunakan mungkin sama, tuan. Tapi ada satu lagi benda pelik yang kami temui. Tuan perlu balik ke IPD segera.” *** “Maksud tuan, ini adalah kes pembunuhan bersiri?” “Mungkin... Dua kes telah berlaku sebelum dan selepas kematian Sarimah. Satu di Johor dan yang terbaru di Kuala Lumpur. Kedua-dua mangsa ditemui mati dalam keadaan yang sama. Leher kena kelar.” “Dah tiga orang. Mangsa pertama dan ketiga tu perempuan juga ke tuan?” “Lelaki...” “Lelaki...?!” *** “Tempat tu bahaya... Kamu tak boleh sesuka hati pergi ke sana. Nanti puaka tu rasuk kamu!” – Nenek Raudah. “Kau jangan nak perdaya aku dengan cerita karut tu. Kau nak aku percaya Sarimah mati kena bunuh oleh Raiz yang dirasuk hantu? Kelakar...” *** Malapetaka apakah yang telah berlaku selepas program bakti siswa UiTM di Kampung Padang Sungai Atu, Kedah? Apa yang mereka telah lakukan di sana? Pantang-larang apa yang telah mereka langgar sehingga berlaku tragedi menakutkan? Siapa bunuh Sarimah? Siapa pula mangsa pertama dan ketiga itu? Adakah pembunuh itu seorang tukang sembelih? Seorang chef berkemahiran tinggi? Ataupun seorang pembunuh gila? Manusiakah atau puaka?