Cart 0
g4.png

Jangan Benci Cintaku 2

RM 18.40 RM 23.00


Kesinambungan JANGAN BENCI CINTAKU, kisah Rafeeqa dan Shahrizal yang sudah bertahun hidup sebagai suami isteri.

 

“Apa akan jadi kalau hidup awak tanpa isteri macam saya?” - Rafeeqa

 

“My life would be incomplete.” - Shahrizal

 

Namun, perkahwinan mereka diuji lagi dan kali ini Shahrizal benar-benar menyalahkan Rafeeqa.

 

Bagi Rafeeqa, biarpun dipersalahkan atas kehilangan orang tersayang, dia masih cuba menyelamatkan rumah tangga mereka. Masih cuba mengajak Shahrizal untuk memperbaiki mana yang telah pincang. Tapi, jalan yang Shahrizal pilih buat Rafeeqa terluka teruk.

 

“Sorry, I’m not going with you. We need our own time to reflect back on our marriage.” - Shahrizal

 

Rafeeqa akur bila Shahrizal memilih untuk menjauh. Tanpa Shahrizal sedar, haluan yang dipilihnya telah menyeksa hati mereka berdua.

 

Dapatkah Shahrizal membuang rasa benci dan memaafkan si isteri demi memulakan lembaran baru hidup mereka? Mampukah dia menganggap semuanya adalah takdir yang sudah tersurat?