Cart 0
zzz1.png

Jangan Ada Benci

RM 22.40 RM 28.00


Hidup bergelumang dengan dosa, perkara biasa bagi Umaira. Farok, Zaman dan Razif buat hidup Umaira kian celaru hingga akhirnya dia lari jauh membawa diri.

Bahana dosa silam Umaira terpaksa ditanggung Adamia Qaisara. Izwan pula tak putus-putus mengambil kesempatan pada Adamia.

Pertemuan tak di duga melakar kisah baru antara Adamia dan Adam Hakimi. Masing-masing ada agenda tersendiri. Adamia tidak rela dirinya dimiliki Izwan. Adam pula muak dengan cinta murahan Karina.

"Bagus! Nampaknya kita serupa. Aku tak suka kau, kau tak suka aku. Aku ada satu idea. Apa kata depan nenek, kita pura-pura jadi loving couple tapi belakang nenek kita buat hal masing-masing? Amacam, kau setuju tak?" Drama tanpa pengarah mula dilakonkan Adam dan Adamia. Bermula dengan babak main-main cinta, akhirnya hati masing-masing mula terjatuh suka pula.

"Afsal? Kau takut terjatuh cinta dengan aku, ya? Ceh, ingatkan Lara Croft samseng kita ni hati batu sangat, rupa-rupanya dalam hati ada taman bunga astakona lagi!"

Namun kisah silam yang langsung tak dijangka menjadi bayangan hitam dalam perhubungan Adamia Qaisara dan Adam Hakimi. Satu demi satu kebenaran yang tersingkap bagai menghentikan seketika nafas cinta yang mula berdegup di hati mereka. Bisa mekarkah cinta suci di antara dua hati kala dendam silam erat melingkari?