Cart 0
0.3.png

JADIKAN DIA MILIKKU

RM 30.40 RM 38.00


Rumaisya sangka dia takkan bertemu lelaki itu lagi. Namun, perancangan Allah siapa boleh duga. Akhirnya dia diketemukan kembali dengan lelaki yang pernah dicintainya. Lelaki sama yang mengkhianatinya.

Selamanya dia takkan lupa onar yang dilakukan lelaki itu terhadapnya. Bukti cinta kononnya hingga tergamak memperlakukan dia tak ubah seperti binatang.

“If you don’t listen to me, this will then become hell!”- Syed Ezra

Kata-kata keramat itu terucap sekali lagi pada pertemuan kedua. Kali pertama mungkin dia tersungkur. Tapi, tidak untuk kali kedua. Syed Ezra harus sedar dia bukan lagi Rumaisya yang dulu.

“Penderitaan yang awak beri takkan mampu dilupus walau seribu kebaikan yang awak ganti. Takkan sekali!”- Rumaisya

Namun, bila bahagia mengetuk hati, mengapa ada jiwa yang iri?

“Kalau aku tak mampu memiliki Ezzy, biar sesiapa pun takkan dapat memiliki dia.”- Zaryn

Apakah bahagia akan kembali kepada mereka? Sementelah rahsia lama tersingkap satu demi satu? Atau kebenaran semakin merobek hati kedua-duanya?

“Aku minta maaf, Ezzy. Aku minta ampun pada kau. Pada Asya. Semuanya salah aku…”- Farrel