Cart 0
1488051392_2028054_z

Isteriku Sleeping Ugly

RM 21.60 RM 27.00


Hana Antasha, apa yang tidak kena dengannya? Sudahlah dikatakan tidak cantik, ada pula tabiatnya yang satu itu. Kalau sudah tidur, tak kisah di mana dan ketikanya. Ditakdirkan berseteru dengan gadis cantik sejak kali pertama bersua, Rina. Semenjak itu, namanya 100 peratus berubah di UiTM.

Menganggap Hana yang menjadi punca hubungannya dengan Adif terputus, Rina harus memberikan pengajaran kepada gadis Sleeping Ugly itu! Pasrah. Hana tidak kisah. Suruhlah buat apa saja, dia akan turutkan. Selagi mampu bersabar, bersabarlah. Sehingga secara kebetulan, dia bertemu dengan ‘pak cik' yang sukakan Nescafe, hasil air tangannya ketika bekerja di Faboloustar.

Mengapakah Rina begitu berdendam dengan Hana? Siapa Adif dalam hidup Rina? Siapa pula ‘pak cik' yang sukakan Nescafe buatan Rina? Mampukah Sleeping Ugly menjadi beauty?

I love you and miss you even more! – Hana

Ini Rina! Puteri Rina Batrisya! Kau jangan nak bermimpi Ugly. Kalau dah tak cantik tu, selamanya akan kekal macam tu.  – Rina

Abang akan buatkan sayang jatuh cinta dengan abang. Sayang kenal abang, kan? Nak terima ‘tidak' tu, susahlah.  –  Rayyan