Cart 0
q1.png

Ini Pun Allah Suka

RM 18.00 RM 20.00


INI PUN ALLAH SUKA

Muhammad Luqman Makhtar 


Karya berkonsep tarbiah santai ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai amalan-amalan serta tatacara yang baik dan betul dalam menjalani kehidupan seharian.


Hal ini demikian kerana boleh jadi ada antara amalan kita yang disukai Allah dan ada yang tidak disukai-Nya. Boleh jadi kita sendiri pun tidak menyedarinya.


Justeru, buku ini mengajak pembaca memikat Allah dengan melakukan perkara-perkara yang disukai-Nya serta menampilkan nasihat dan kisah-kisah yang sarat dengan teladan dalam menjadi Mukmin yang disukai oleh Allah.


Terdapat juga panduan tentang cara melaksanakan amalan-amalan sunat dengan betul bagi mengurangkan kekeliruan dalam kalangan pembaca dan diselitkan sunah-sunah Nabi SAW yang wajar dijadikan pegangan dalam kehidupan.




Buku: Ini Pun Allah Suka

Penulis: Ustaz Muhammad Luqman Makhtar 

Terbit: Januari 2017

Format: Kulit Nipis

Halaman: 176

ISBN: 978-967-388-272-4