Cart 0
q1.png

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT (HARD COVER)

RM 55.00


Buku: Indahnya Hidup Bersyariat (Edisi Kemaskini)

Ustaz Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid


Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ustaz Ismail Kamus ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah).


Buku ini merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab.


Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku Indahnya Hidup Bersyariat ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah.


Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.


Buku: Indahnya Hidup Bersyariat

Penulis: Ustaz Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Penerbit: Telaga Biru

Halaman: 328

ISBN: 978-967-5102-30-1