Cart 0
q1.png

Ibu

RM 30.00


Novel hasil garapan Abdul Rashid Ngah ini menyoroti susuk tubuh dan jiwa seorang wanita tua yang menggeluti kehidupannya dengan ketabahan luar biasa. 

Mak Nah, mewakili jiwa seorang ibu yang cekal menangani kehidupannya yang penuh ujian. Peristiwa demi peristiwa membawa pembaca kepada sorotan pengalaman yang tidak dialami oleh semua ibu di dunia ini. Kegagalan dalam hal mendidik anak dan menjaga keluarga, memungkinkan jiwa ibu ini mudah rapuh sekali gus menanam kesedaran yang tinggi kepada pembaca tentang kepentingan mengasihi wanita yang bergelar ibu ini. 

Ibu, walaupun zaman beredar, kehadirannya tetap utuh dan menjadi tonggak dalam pembinaan generasi seterusnya. Kasih Ibu! 

 "Ruslan akan selamat. Kalau nasibnya lebih baik, dia dibebaskan. Kalau tidak , dia patut terima hukuman sebagai  balasan perbuatannya. Tetapi sudah terselamat daripada hukuman yang kita sangat-sangat takuti itu sudah kira syukur Alhamdullillah."

Wanita tua itu memandang gadis di sisinya dengan suatu pandangan yang sukar untuk difahami.

==========================================================================

Penulis

Nama : Abdul Rashid Ngah               

                                     

 Sumber gambar daripada facebook Dato' Hj. Abdul Rashid Ngah

 

Abdul Rashid Ngah  atau Dato' Hj. Abdul Rashid Bin Ngah, dilahirkan pada tahun 1937 di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Beliau aktif memimpin Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) selama lebih kurang 30 tahun. Beliau aktif menulis dan hasil-hasil penulisannya telah pernah dikeluarkan dalam surat khabar Utusan Zaman, Berita Harian dan majalah Dewan Sastera.

Kumpulan cerpennya yang bertajuk Pelita Sebuah telah diterbitkan oleh Karangkraf. Novelnya Di Bawah Alunan Ombak, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan pernah dijadikan teks sastera SPM pada awal tahun 60-an.

Abdul Rashid Ngah bukanlah orang baharu dalam bidang sastera tanah air.