Cart 0
j.png

Himpunan Doa Seharian Dalam Al-Quran & Al-Sunnah

RM 11.40 RM 12.00


Buku ini merupakan ringkasan kepada buku Al-Dzikr wa al-du'a' wa al-'llaj bi al-Ruqa min al-Kitab wa al-Sunnah. Kami hanya mengutip sebahagian zikir dengan tujuan senang dibawa ketika dalam perjalanan. Sesungguhnya kami dalam buku ini hanya menulis kalimat zikir sahaja tanpa memuatkan sanad hadis. Sungguhpun begitu, kami menyebutkan satu atau dua takhrij hadis-hadis yang dimuatkan dalam buku ini dengan merujuk kepada buku asalnya. Sesiapa yang berhasrat mengetahui sahabat yang meriwayatkan hadis atau takhrij hadis yang lebih lengkap, silakan merujuk buku asalnya.

Kami memohon kepada Allah s.w.t. Yang Maha Mulia lagi Maha Agung dengan Asma' al-Husna dan sifat-sifatNya yang Maha Tinggi, semoga menjadikan usaha penyusunan buku ini ikhlas kerana Allah dan memberi manfaat dengannya dalam hidup saya sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Demikian pula semoga bermanfaat bagi sesiapa yang membaca dan menjadi sebab tersebarnya buku ini. Sesungguhnya Allah s.w.t. Yang Maha Suci lagi Maha Kuasa untuk melakukan itu.