Cart 0
HP4.jpg

Harry Potter dalam Piala Api

RM 35.12 RM 43.90


Harry Potter dalam Piala Api

Apabila perlawanan Quidditch Piala Dunia dicemari oleh insiden amuk para penyokong Voldemort serta kemunculan Tanda Kuasa Jahat, jelas yang Voldemort bukan semakin lemah tetapi sebaliknya! Tanda-tanda penting kebangkitan semula Raja Kuasa Jahat ke dunia ajaib menjadi alamat bagi kecundangnya satu-satunya manusia yang terselamat daripada sumpahan maut Raja Kuasa Jahat itu, Harry Potter. Jadi, apabila nama Harry Potter tersenarai sebagai wira Kejohanan Ahli Sihir Trio yang sangat berprestij tetapi amat berbahaya, dia tahu matlamatnya bukan untuk memenangi kejohanan itu, tetapi melaksanakan semua tugasan dengan selamat.