Cart 0
j.png

Guru Bestari Pelajar Jauhari

RM 11.40 RM 12.00


Pembelajaran merupakan satu proses komprehensif yang setidaknya melibatkan tiga unsur bagi menjayakannya. Apabila berlaku kepincangan pada salah satu daripadanya akan menyebabkan pembelajaran turut mengalami kepincangan jika tidak dikatakan kegagalan. Unsur-unsur yang terlibat dalam proses pembelajaran yang dimaksudkan di sini adalah institusi sekolah, guru dan murid. Ketiga-tiga unsur ini memainkan peranan penting bagi memastikan sesebuah proses pembelajaran berjaya.

Buku yang ada di tangan pembaca ini cuba mengupas dengan detail salah satu aspek penting dalam proses pembelajaran, iaitu membentuk guru bestari. Dengan mewujudkan langkah-langkah bagi menjadikan guru bestari diharapkan mereka dapat dijadikan sebagai teras bagi membangun minda kelas pertama yang kita cita-citakan selama ini.

Dengan gaya bahasa yang mudah difaham, buku ini diharapkan menjadi panduan bagi mereka yang menekuni kerja jaya sebagai guru. Buku ini antara lain membincangkan: Pembelajaran merupakan satu proses komprehensif yang setidaknya melibatkan tiga unsur bagi menjayakannya. Apabila berlaku kepincangan pada salah satu daripadanya akan menyebabkan pembelajaran turut mengalami kepincangan jika tidak dikatakan kegagalan. Unsur-unsur yang terlibat dalam proses pembelajaran yang dimaksudkan di sini adalah institusi sekolah, guru dan murid. Ketiga-tiga unsur ini memainkan peranan penting bagi memastikan sesebuah proses pembelajaran berjaya.

Buku yang ada di tangan pembaca ini cuba mengupas dengan detail salah satu aspek penting dalam proses pembelajaran, iaitu membentuk guru bestari. Dengan mewujudkan langkah-langkah bagi menjadikan guru bestari diharapkan mereka dapat dijadikan sebagai teras bagi membangun minda kelas pertama yang kita cita-citakan selama ini.

Dengan gaya bahasa yang mudah difaham, buku ini diharapkan menjadi panduan bagi mereka yang menekuni kerja jaya sebagai guru. Buku ini antara lain membincangkan:
1. Konsep guru bestari dan peranan guru bestari
2. Kemahiran sebagai personaliti dan akhlak terpuji sebagai model terpuji
3. Keiltizaman dan kreatif berinovatif sebagai tunggak kebestarian lestari.