Cart 0
1488053855_2403740_z

Gila-gila suami

RM 24.00 RM 30.00


KALAU hidup tanpa cabaran, lebih baik jangan hidup. Tapi kalau hidup penuh cabaran, lebih baik juga tidak perlu hidup. Begitulah dilalui Halim, hidupnya bermula normal, tetapi akhirnya berubah menjadi tuman. Ini gara-gara Syahira yang sering mendampratnya tanpa sebab.

“Aku tidak tahu bersastera. Bahasa paling mudah untuk aku berbicara kepadamu, menyumpah seranahmu berbakul-bakul. Itu sahaja!” SYAHIRA

Walau Syahira bersikap rampus terhadap Halim, ianya tidak membuat lelaki itu berasa cemuih. Malah, Halim merasakan sikap Syahira itu bagai satu pesta jiwa.

“Biarpun bahasamu ketika mendampratku terlalu nista dan sadis, ianya tidak langsung membuat telingaku menjadi nipis. Aku tahu, kehadiranku di sisimu bukan untuk memberi lenang.” HALIM

Segala kepayahan dan keperitan Halim yang diperdom Syahira setiap hari, terubat tatkala wujud Azura. Gadis molek bertubuh mungil itu bagai bidadari yang merawat segala luka di hati Halim.
“Manusia sering mengimpikan agar bulan jatuh di riba. Begitulah aku, berimpian dirimu menabur selaksa kama kepadaku.” AZURA

Keakraban Azura dan Halim membuat Syahira menjadi saru. Entah mengapa hal itu timbul, benar-benar membikin Syahira gawal. Kini tiba-tiba wujud rasa semara dalam jasmani Syahira terhadap Halim.

Hubungan Azura dan Halim semakin ikrab. Setiap masa tanpa songeh, Azura melakukan terbaik untuk menambat atei lelaki itu. Namun, adakah Halim akan menyambut sayi Azura biarpun gadis itu terlalu berharap? Atau, mengampuni dosa Syahira yang kini telah berjiwa lembut bagai agar-agar? Kedua-dua pilihan itu di tangan Halim untuk menetaknya secara waras.