Cart 0
CVCV.jpg

GHAIRAH

RM 18.40 RM 23.00


Aku tak ingat siapa aku. Celik mata saja aku di atas katil hospital. Doktor kata aku kemalangan dan ada amnesia. Ara isteri aku. Aku tak ingat langsung siapa dia. Ara jaga aku dengan baik. Tapi, asal malam saja aku macam ada dengar bunyi di tingkat bawah.

“Ha’ah. Saya bunuh rusa tu semalam.”

Aku diam dan tekun mendengar ceritanya.

“Saya ingatkan pencuri. Rupanya rusa. Saya takut dia rosakkan bunga-bunga. So, I killed it.”

“Oh... Macam mana awak bunuh rusa tu?”

“Dengan parang.”

Ara sangat misteri. Aku nekad, aku kena siasat. Macam-macam aku jumpa, baju yang ada kesan darah. Keratan akhbar orang yang hilang dan Ara mula cuba kurung aku.