Cart 0
j.png

GAYA HIDUP SIHAT DENGAN 10 AMAL SOLEH

RM 16.20 RM 17.00


Mungkin ada di antara kita yang kurang sedar bahawa ibadah harian yang lazim dilakukan mempunyai rahsia dan keajaiban terhadap kesihatan setiap individu yang mengamalkannya. Di antara ibadah harian yang dikupas di dalam buku ini ialah wuduk, iktikaf, solat, membaca Al-Quran menjalinkan silaturrahim, puasa, sedekah, zikirdoa serta istighfar. Setiap satu ibadah yang disebutkan di atas mempunyai fadilat dan fungsi tersendiri kepada kesihatan tubuh badan.

Subhanallah. Segala puji-pujian bagi Allah SWT, sesungguhnya setiap perintah-Nya itu mempunyai rahsia yang membawa rahmat kepada hamba-hamba-Nya. Rebutlah peluang ganjaran, manfaat serta pahala dalam beribadah sebanyak mungkin selagi kita masih sihat. Semoga pengisian terapi ibadah ini memberi manfaat dan menambah hasanah bersama. Insya-Allah.