Cart 0
j.png

Fiqh Solat Empat Mazhab Menurut Al-Quran dan Hadis

RM 23.80 RM 25.00


“Asas setiap perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad pada jalan Allah.” (Riwayat Tirmizi)
Solat merupakan beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan niat serta takbirratulihram dan disudahkan dengan salam. Ia adalah ibadah yang pertama sekali diwajibkan Allah SWT kepada hamba-Nya dan juga yang mula-mula sekali dihisab pada hari Kiamat nanti.
Dalam menunaikan ibadah ini terdapat perbezaan antara empat mazhab dalam ahli sunnah wal jamaah yang melibatkan perkara-perkara kecil dan cabang sahaja. Perbezaan pendapat ini tidak berkaitan langsung dengan urusan akidah, tauhid mahupun prinsip-prinsip dasar agama.
Perbezaan ini sering menjadi pertanyaan dalam persoalan dalam solat berjemaah terutama bagi makmum yang mengikut imam yang berbeza pendapat mazhabnya. Namun ini bukanlah halangan untuk kita menunaikan solat berjemaah kerana kelebihan serta fadilat solat berjemaah itu amar besar dan amat ditekankan oleh Islam dan Nabi Muhammad SAW.