Cart 0
q1.png

Fiqh Dental

RM 19.00 RM 20.40


Buku: Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental
Dr Wan Noorina, Dr Nik Salida Suhaila & Dr Wan Abdul Fattah

Isu “Fiqh Dental“ ini ialah satu bidang yang perlu diterokai dengan lebih meluas. Banyak persoalan mengenai hukum rawatan pergigian dalam Islam perlu dijelaskan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

Hal ini penting supaya masyarakat lebih memahami selari dengan tuntutan ilmu dan taaruf antara satu sama lain. Perbincangan yang harmoni dalam fiqah pergigian merupakan satu wadah agar wujudnya pencerahan tentang persefahaman antara fakta saintifik pergigian dengan hukum-hukum Islam.


Keistimewaan buku Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental ini adalah membicarakan kesihatan diri iaitu dari segi aspek pergigian gabungan daripada sains dan syariah.

Selain itu, buku ini dilengkapkan dengan beberapa hukum-hukum berkenaan kaedah rawatan moden yang menjadi persoalan ramai. Gaya penulisan buku ini menngunakan laras bahasa yang mudah difahami meskipun kadang kala diselitkan dengan istilah sains dan fiqah.


ISBN: 978-967-388-189-5

Halaman: 114