Cart 0
q1.png

Fiqah Perkahwinan

RM 24.00 RM 26.00


Buku: FIQAH PERKAHWINAN

Muhammad Fathi Yusof


Perkahwinan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. Hubungan antara suami isteri merupakan satu rahmat yang besar daripada Allah SWT. Perkahwinan ialah satu ikatan yang suci dan murni yang Allah SWT kurniakan kepada insan yang bergelar suami dan isteri.


Banyak lagi kebaikan dan manfaat yang akan diperoleh sekiranya berkahwin. Tetapi sebelum perkahwinan dibina, setiap pasangan perlulah mendalami ilmu rumah tangga sedalam-dalamnya.


Setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga perlulah mendalami ilmu agama agar hubungan yang bakal dibina mendapat keberkatan daripada Allah SWT.


Perkara yang penting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama. Agama mestilah menjadi teras kepada rumah tangga.


Suami dan isteri perlulah menanamkan sifat syukur dengan pemberian pasangan hidup yang Allah SWT tetapkan untuk kita.


Kelebihan buku ini:

● Merungkai semua persoalan mengenai hukum-hakam dan hak-hak dalam perkahwinan.

● Pendekatan soal jawab dengan menyelitkan elemen-elemen nasihat dan pedoman berkeluarga.

● Sesuai untuk pasangan yang bakal berkahwin dan yang telah berkahwin

● Rujukan tambahan membincangkan isu kritikal tentang fiqah perkahwinan dengan lebih mendalam. 




Buku: Fiqah Perkahwinan

Penulis: Muhammad Fathi Yusof

Terbit: Ogos 2016

Format: Kulit Nipis

Halaman: 352

ISBN: 978-967-388-245-8