Cart 0
j.png

Fadilat Ramadan Cara Memanfaatkan Bulan Ramadan

RM 11.40 RM 12.00


Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan nikmat dan keberkatan. Amat rugilah kepada mereka yang membiarkan sahaja bulan ini berlalu tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Dan lebih malang lagi sekiranya bulan ini diisi dengan perbuatan atau perlakuan yang bertentangan dengan perintah Allah.

Buku ini memberikan kita tip-tip bagaimana untuk memanfaatkan sepenuhnya bulan Ramadan yang mulia ini dengan amalan-amalan yang disunnahkan oleh Nabi S.A.W. Apa yang penting dalam melakukan amalan-amalan mulia ini adalah kualiti dan istiqamah. Bukannya dinilai dari sudut kuantiti. Maka sebaik-baik amalan adalah yang dilakukan dengan terbaik dan berterusan.

Semoga Ramadan ini menjadi landasan untuk kita melatih diri untuk membiasakan din melakukan ibadah kepada Allah Taala. Selain itu Ramadan juga menjadi madrasah yang akan membina diri kita untuk menjadi hamba Allah S.W.T. yang patuh kepada perintah dan larangan-Nya.