Cart 0
j.png

Fadhilat Amal (yellow hard cover)

RM 56.10 RM 59.00


Sheikh Maulana Zakariya merupakan seorang tokoh ulama hadis yang dikenali ramai berasal dari India, lebih-lebih lagi dalam kalangan ahli Jemaah Tabligh seluruh dunia. Usaha beliau dalam memartabatkan ilmu dan dakwah Islam begitu besar sekali signifikannya kepada perjuangan menyebar luaskan Islam dan sunnah Nabi S.A.W Hasil tulisannya telah menjadi sumber rujukan dan bacaan umat Islam seluruh dunia dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia.
Kitab Fadhail 'Amal (Fadhilat Amal) merupakan hasil karangan Sheikh Maulana Zakariya yang terkenal, ia adalah himpunan hadis-hadis. Ruang lingkup perbicaraannya merangkumi tujuh bahagian iaitu: a. Kisah-Kisah Para Sahabat
b. Fadhilat Al-Qur'an
c. Fadhilat Solat
d. Fadhilat Zikir
e. Fadhilat Tabligh
f. Kemunduran Umat Dan Penyelesaiannya
g. Fadhilat Ramadhan
Kitab ini juga merupakan salah satu kitab bacaan dan rujukan yang digunakan oleh Jemaah Tabligh. Semoga dengan kehadiran kitab yang telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi Bahasa Melayu ini akan memberikan kita pencerahan dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Dengan ilmu yang diperolehi itu dalam kita amalkan dalam meraih keredhaan Allah dan meneguhkan lagi iman kita serta menyempurnakan amal ibadah seharian kita.