Cart 0
1488054209_2563962_z

Epilog Kita

RM 19.20 RM 2,400.00


Hani angkat bahu sebelum masuk ke dalam lif yang kebetulan terbuka.. Terjerit Syafiza dan Liana bila soalan mereka tak terjawab. Hani tetap diam. Semakin lama, lif semakin penuh. Padah masuk awal! Dia terhimpit ke belakang. Badannya betul-betul melekap ke dinding lif. Dia pandang Liana dan Syafiza yang turut tertolak ke penjuru lif. Hani mengeluh.

“Macam tak ada lif lain pula! Nak juga sumbat dalam ni selagi lif ni tak bunyi!’ rungutnya geram.

Sesak betul nafasnya. Matanya terhala pada lelaki yang berada di depannya. Lelaki itu semakin lama berinjak ke belakang. Hani angkat bag tangannya. Menghalang daripada lelaki itu bersentuhan dengannya.

Hesy! Ni lagi la aku tak suka! Sebab sesak macam ni la selalunya jadi kejadian raba-meraba. Nasib aku tak pernah jadi mangsa, kalau tak memang kaki naik biar orang yang meraba tu senak!
“Aduh! Lembik la mamat ni! Orang tolak kau, kau tolak la balik.” Gumam Hani bila lelaki itu semakin ke belakang.

Tapi, siapa lelaki ni? Agak-agak boleh teka tak siapa si mamat lembik tu? Sotong ka…jerung ka…atau Si Nemo jer..