Cart 0
j.png

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 5 (hard cover)

RM 61.80 RM 65.00


Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm(Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid kelima buku daripada Kitab Al-Umm ini membahaskan persoalan-persoalan fiqah dalam kitab haji, qurban, berburu dan menyembelih dan kitab makanan. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.