Cart 0
j.png

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 4 (hard cover)

RM 57.00 RM 60.00


Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm(Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid keempat buku daripada Kitab Al-Umm ini membincangkan mengenai kitab jenazah, zakat dan pembahagiannya, puasa dan hukum-hakamnya serta sedikit permulaan kitab iktikaf. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.