Cart 0
n1.png

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 3 (hard cover)

RM 57.00 RM 60.00


Imam al-Syafie dibesarkan di Hijaz ramai ulama yang menjadi rujukan dalam riwayat dan sunnah. Mereka adalah ulama yang mampu memahami Al-Qur’an, walau bagaimanapun ramai dalam kalangan mereka yang tidak mampu berdebat dan tidak bermaya apabila berdepan dengan ahli ra’yi (menggunakan pendapat akal). Namun dengan kehadiran Imam al-Syafie telah mengubah scenario tersebut. Kemampuan beliau berdebat dan mengutarakan pendapat telah mematahkan kepetahan dan ketabsuban ahli ra’yi. Mereka akhirnya tunduk dan menjadi pengikut Sunnah. Dengan kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada Imam al-Syafie itu telah mengubah lanskap pengajian dan penyebaran ilmu fiqh Islam ketika itu.
Kitab Al-Umm adalah hasil tulisan Imam al-Syafie yang juga mencerminkan pemahaman beliau terhadap ilmu fiqh Islam. Beliau menggabung secara seimbang antara fiqh ahli ra’yi (pendapat akal) dengan fiqh ahli hadis. Beliau menyusun metodologi kajian memahamial-Qur’an dan Sunnah, menjelaskan nasikh dan mansukh, asa-asa istinbat hukum dan takhrij. Kitab ini juga memuatkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh periwayat yang thiqah dan dijadikan dalil dalam istinbath hukum. Usaha yang dilalukan oleh Imam al-Syafie ini telah menjadikan metodologi fiqh Islam lebih jelas dan sempurna pertumbuhan dan perkembangannya.
Sebuah khazanah ilmu yang amat bernilai dan bermanfaat untuk seluruh umat Islam. Mempunyai kedudukan yang tinggi dalam keilmuan dan sebuah karya yang dianggap sebagai rujukan utama dalam fiqh Imam al-Syafie. Semoga kitab yang padat dengan ilmu-ilmu yang tidak ternilai ini terus menjadi rujukan dan panduan kepada seluruh umat islam.