Cart 0
n1.png

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 2 (hard cover)

RM 57.00 RM 60.00


Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm(Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid kedua buku daripada Kitab Al-Umm ini merangkumi beberapa kitab (bab) yang besar dan penting iaitu taharah, haid dan solat. Ketiga-tiga bab ini sangat berkait antara satu sama lain dan merupakan bab yang sangat penting untuk dihadam. Selain daripada pengertian, jenis-jenis dan rukun-rukun, Al-Imam juga turut merungkai masalah-masalah fikah berkaitan ketiga-tiga bab ini yang sering menjadi kekeliruan umat. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.