Cart 0
n1.png

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 14 (hard cover)

RM 61.80 RM 65.00


Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’e (150-204H) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yan menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkan penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (Pendapat lama) dan kitab yang ditulis ketika beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (Pendapat Baru).
Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie, iaitu:
1. Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafie
2. Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh Imam al-Syafie di hadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla’i).
3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran.

Jilid keempat belas (14) daripada Ensiklopedia Imam Syafie ini adalah jilid terakhir yang membahaskan tentang kitab Al-Risalah. Kitab ini Boleh dianggap sebagai fasa awal perkembangan ilmu usul fiqh menyusun mereka dalam bidang usul fiqh.

Kitab Al-Risalah ini menggambarkan metodologi Imam al-syafie dalam mencari, menyusun dan menemukan hukum Islam secara sistematik melalui sumber-sumbernya, iaitu al-Quran , Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Usaha untuk mencari, menyusun dan menemukan hukum Islam ini dalam ilmu usul fiqh disebut sebagai istinbat al-ahkam (etode kajian hukum).

Semoga terjemahan Ensiklopedia Imam Syafie ini memberikan manfaat yang besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu dalam mendalami dan memahami metode-metode yang telah dirintis oleh Imam Muhammad bin Idris As-Syafie.