Cart 0
j.png

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 11 (hard cover)

RM 61.80 RM 65.00


Imam Muhammad bin Idris al-Syafie (150-204H) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (pendapat lama) dan kitab yang ditulis ketika beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (pendapat
baru).

Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie, iaitu;
1. Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafie.
2. Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh Imam al-Syafie
di hadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla’i).
3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran

Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam Mazhab as-Syafie ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk ). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam Mazhab al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada al-Qur’an, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafie dalam bidang fiqh. Sedangkan dari sudut yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang ia kemukakan menggunakan jalur periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis. Dalam kalangan ulama terdapat keraguan dan perbezaan pendapat, mengenai penulisan kitab al-Umm, adakah ia ditulis oleh al-Syafie sendiri atau karya para muridnya. Walau apapun pandangan ulama mengenai kaedah penyusunan kitab al-Umm ini, yang pastinya kitab ini boleh dinisbahkan al-Syafi’i kerana ia memuatkan pandangan dan pemikirannya dalam bidang hukum berdasarkan riwayat muridmuridnya yang diakui ummah sebagai perawi yang adil dan thiqah. Di dalam perbahasan kitab Al-Umm Jilid 11 ini, menghuraikan berkenaan beberapa bab iaitu:
• Diyat Jenayah Yang Tidak Disengajakan
• Hudud
• Fiqh Al-Qada’
• Dakwaan dan Pembuktian
• Kesaksian