Cart 0
04.png

ENGKAU LEBIH MENGERTI

RM 20.00 RM 25.00


Tak sangka diva itu menunggu kehadirannya di situ. 
“Kau dah tersalah bilik ke?” Pun begitu, Carl cuba melawak untuk menyembunyikan gelabahnya.
“Sekarang ni pukul berapa?” Azalea pula bertanya sinis. 
Carl membelek jam di pergelangan lengan kirinya sebelum memandang Azalea yang masih bermuka masam.
“Kalau jam aku ni tak salah, sekarang ni pukul 9.24 pagi.” Carl menjawab dengan sinis juga.
“Tak lawaklah!” sergah Azalea sambil menegakkan badan.
Carl mengangkat kening. Sikap baran Azalea datang lagi. Kalau diva ini jadi tak tentu hala pada awal pagi hari, mesti ada perkara yang membuatkan Azalea berperangai begini. Hanya Ilham boleh membuatkan diva ini jadi meroyan di awal pagi.
“Apa pula lawaknya? Jawapan aku tadi tu menjawab tepat keperluan soalan kau tu. Atau kau ada skema jawapan yang lain?” Carl bersuara sinis sambil mendekati lokar barangan.
Belum genap dua hari berbahasakan diri aku dan kau, dia sudah berani bersikap selamba dan berbicara sinis dengan Azalea. Kalah orang yang kenal bertahun-tahun. 
Tahu-tahu, lengannya ditumbuk bertalu-talu. Carl membiarkan sahaja. Biar habis lepas sakit hati yang sedang dipendam Azalea, walaupun dia rasa tak adil juga apabila lengannya yang menjadi sasaran.