Cart 0
emelda.png

Emelda

RM 21.60 RM 27.00


Sejak belasan tahun, Akasyah sudah yakin Emelda adalah satu-satunya wanita yang dia mahu dalam hidupnya. Tapi dia tak pernah faham kenapa Emelda menolak cintanya.
Takut kehilangan Emelda, Akasyah meminta dengan cara yang baik daripada keluarga gadis itu. Janjinya, dia akan menjadi suami terbaik buat Emelda.
“You deserve better, Akasyah.” – Emelda
“I don’t want better. I just want you.” – Akasyah
Tinggal sebumbung, tetapi tidur berasingan. Itu yang Emelda tuntut di malam pertama bergelar isteri. Akasyah bersetuju. Apa saja untuk si isteri, dia turutkan. Sebab dia yakin, lambat laun Emelda akan mengalah.
Keyakinan Akasyah berasas bila hati Emelda akhirnya lembut menerima. Sememangnya antara mereka sudah lama wujud perkataan cinta sebenarnya. Cuma Emelda saja yang tak mahu akui.
Bunga-bunga bahagia yang mula mekar tiba-tiba layu bila Akasyah sedar rupanya si isteri sudah lama menyimpan satu rahsia penting. Rahsia yang menjurus pada perpisahan.
“Awak kahwin dengan saya dalam keadaan awak tahu satu hari nanti awak akan minta untuk berpisah?”– Akasyah
“Saya pernah cakap awak akan menyesal. Saya pernah beritahu awak bukan priority pertama dalam hidup saya.” – Emelda
Apa tindakan Akasyah seterusnya? Adakah usaha Akasyah untuk tidak menamatkan perkahwinan mereka berjaya? Sejauh manakah Akasyah mampu pergi untuk membahagiakan wanita yang bernama Emelda?
Selagi manusia berusaha, selagi itu akan tetap ada cara. Tapi bagaimana jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha sedangkan sebelah pihak lagi berkeras tidak mahu membuka jalan?