Cart 0
j.png

Doa, Zikir & Ibadah Harian Menenangkan Hati

RM 10.50 RM 11.00


Di dalam satu hadis qudsi, Allah SWT berfirman:
"Seorang hamba-Ku yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan ibadah nawafil sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, maka Aku akan menjadi matanya yang dengannya ia melihat; Aku akan menjadi telinganya yang dengannya ia mendengar; Aku akan menjadi tangannya yang dengannya ia memegang; Aku akan menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan; Aku akan menjadi hatinya yang dengannya ia berfikir; Aku akan menjadi lidahnya yang dengannya ia berbicara; jika dia memanggil-Ku, Aku akan menjawabnya; jika dia meminta kepadaKu, Aku memberinya..."

Buku di tangan anda ini adalah buku yang sarat dengan amalan-amalan yang boleh diamalkan sepanjang hari kerana ia memuatkan doa-doa, zikir-zikir dan ibadah harian. Berdoalah, berzikirlah dan beribadahlah, mudah-mudahan Allah SWT memayungi kita semua dengan limpahan rahmat-Nya.