Cart 0
zzz1.png

Dia... Isteri Tak Makan Saman

RM 24.00 RM 30.00


Perwatakan Husna yang degil dan suka melawan telah membuahkan rasa cinta dalam hati Amzar, seorang jejaka yang berumur awal 40-an. Lagi kuat Husna melawan, lagi besar keinginan dalam hatinya untuk memiliki anak manja Pak Cik Hamidi itu.

"Una nak kahwin dengan saya?"

"Tak naklah, Una. Dahlah tua, muka penuh dengan semak-samun. Gelilah, pak cik. Nak cari bibir pun tak jumpa."

"Kenapa nak cari bibir saya? Una nak buat apa dengan bibir saya ni?"

Walau luaran berperang mulut, namun hati di dalam bertaut. Tetapi berita penjodohan yang telah diaturkan oleh ibu tirinya, memusnahkan semuanya. Husna kian memberontak. Terdesak ingin keluar dari pernikahan tanpa kerelaan, Husna membuat pakatan dengan Amzar.

Amzar bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Si 'tupai comel' sudah masuk ke dalam perangkap yang sudah lama dipasang. Sebumbung dengan Amzar, aksi berani pemuda itu buat Husna bingung dalam debar.

"Pak cik cakap apa tadi?"

"Abang nak Una."

"Sekali lagi."

"Abang nak Una, sayang."

Siapa Amzar sebenarnya? Kenapa setiap layanan lelaki itu mengundang debaran yang begitu kuat di dalam dada?

Dan bagi Amzar... Husna memang jenis 'Tak Makan Saman'. Lagi Husna melawan, lagi dia bertambah miang. Bila singa jantan tunjuk taring, tak cukup dahan tupai comel nak lari.